Sunday, January 27, 2008

Mesyuarat Kelab S.P.C.T

Syukur kehadrat Allah SWT, mesyuarat SPCT telah berjaya diadakan pada tarih dan waktu yang di cadangkan dengan selamat dan jayanya, tidak ada peristiwa membaling kerusi meja yang dilapurkan sehingga kini.

Pada mesyuarat tersebut majlis berjalan dengan lancar dimana Presiden, Che Gu Rahim memberi taklimat aktiviti Kelab, Setiausaha Che gu Wan dan Bendahari, bang Joe CBR telah memebentangkan bidang tugasan masing-masing. Empat orang ahli lagi turut dilantik sebagai AJK untuk membantu kelab memandangkan terdapat banyak aktiviti sedang dalam perancangan.


Ahli kelab bergambar beramai-ramai selepas mesyuarat tamat.

Satu jamuan ringan turut disediakan untuk semua ahli yang hadir pada petang tersebut. Terima Kasih kepada semua ahli yang meluangkan masa untuk hadir dan membuat pendaftaran. Cadangan-cadangan ahli antaranya kad ahli, perjumpaan seminggu sekali di Makbul, stiker kelab dll. Pada petang tersebut sebanyak lebih 70 ahli telah pun mendaftar semula dan mendapat key, T Shirt dan baju F1 (ditetapkan saiz dan ukuran).

Antara barisan motosikal ahli Kelab yang turut hadir dari sport bike, touring, classic dan dual purpose. Ramai juga yang tinggal berdekatan datang berkereta.



Gold Wing, Voyager, Vulcan, Virago, GSX 750, Aprilia, KLE 500, Hayabusa, ZX14 biru, merah dan hitam...eh mana Maliknya ZX14 hitam?..oh, tu ha..




Presiden Kelab sedang membentangkan lapuran aktiviti kelab



...sedang mendengar taklimat...



...dengan penuh khyusuk...,



Bang Joe sedang menyemak belanjawan negara....


...bang ma el buat-buat sibuk? he he he....



AKHIR SEKALI, "SELAGI ADA SUPERBIKE...RIDE, TETAP RIDE !!!!"

No comments: