
To all SPCT BIKERS
Pada hari Rabu 9 hb malam (rabu malam khamis) kelab kita akan mengadakan ride seperti diatas ke Kolam Air Panas Ulu Legong Baling. Ride ini bertujuan untuk menguatkan kembali urat-urat dan kabel-kabel yang dah longgar akibat dari terlalu banyak memegang handle dan menunggang motosikal.
Dengan itu tuan-tuan semua dijemput bersama-sama untuk menjalankan aktiviti ini pada tarikh dan waktu tersebut. Kita akan berkumpul di Makbul pada jam 9 malam. Target kita, kita akan mandi dan pulang pada keesokkan paginya. Jangan lupa membawa satu set pakaian persalinan bersama tuala. Untuk kali ini mandi jemaah adalah digalakkan !!!
No comments:
Post a Comment