Tuesday, January 29, 2008

Proses Merebentuk Motosikal

Kebanyakkan kita tidak mengetahui peranan seorang Jurureka Perindustrian (Industrial Designer) dalam menghasilkan barangan yang dapat menarik citarasa pengguna untuk memilikki sesuatu barangan itu.

Disini izinkan saya memberi sedikit penerangan mengenai bidang ini yang lebih menjurus kepada bidang Seni Lukis dan Senireka.

Senireka Perindustrian bermula disekitar tahun 1910 dimana kefahaman mengenai pentingnya rekabentuk dikalangan masyarakat Eropah mula memunchak. Mereka mula sedar bahawa rekabentuk yang baik dapat memastikan peningkatan jualan sesuatu barangan atau produk yang bersaing dipasaran terbuka.

Chips Foose yang menerajui rancangan 'overhaulin' adalah seorang Jurureka Perindustrian dan dengan itu beliau dapat menghasilkan lakaran-lakaran yang cantik dan asli. Kelebihan seorang Pereka Perindustrian ialah dapat membayangkan sesuatu yang belum lagi menjadi kenyataan dalam kotak mindanya, dipersembahkan diatas kertas dalam bentuk lakaran sebelum produk itu dikeluarkan secara 'mass production'. Inilah kreativiti.

Diantara bidang-bidang dalam Senireka Perindustrian ini ialah,
a.Rekabentuk Pengangkutan (kereta, motosikal, bas, lori, kapal terbang,dll)
b.Rekabentuk Produk (handphone, TV, discman, walkman, barangan elektrik lain)
c.Rekabentuk Perabot (senireka dalam, perabot untuk hotel, rumah, pejabat,dll)

PERMULAAN
Disini saya ingin fokuskan kepada rekabentuk pengangkutan. Setelah mendapat Ikhtisar projek, pereka akan berbincang dengan jurutera mengenai tema rekebentuk yang akan diterjemahkan dalam sesuatu produk nanti. Setelah dipersetujui, pereka akan memulakan lakaran-lakaran yang menjurus kearah tema tersebut. Contoh-contoh tema adalah seperti sporty and luxury (kereta BMW), luxury executive(Mercs) Family Utility (Unser) dll.




Contoh lakaran perkembangan rekabentuk atau Design Development Sketches untuk motosikal model terbaru Suzuki Hayabusa 1400 cc, 2008

Bagi sesuatu produk baru, kadang-kala beratus-ratus keping lakaran dimajukan untuk dipilih oleh pihak pengurusan. Jika pihak pengurusan tidak berpuas hati lakaran-lakaran ini perlu diteruskan semula. Kebiasaannya Pereka Perindustrian berkerja dalam suasana yang 'stress' untuk mengejar dateline. Sekiranya lakaran-lakaran ini diluluskan, langkah seterusnya ialah pembuatan mock up untuk dinilai rekabentuk secara 3 dimensi atau lebih mudah 360 darjah.



Pada masa yang sama jurutera mekanikal pula sibuk membuat pembaharuan dari segi teknologi enjin, kerangka,jurutera eletrik dan elektronik menbuat rekabentuk wiring harness, dll berdasarkan tema yang sama. Hasil gabungan kerjasama ini lah yang membawa kepada satu rekabentuk yang baik. Mereka menjalankan ujian dari segi kestabilan kerangka, ketahanan dan kuasa enjin bagi memastikan tidak akan ada masalah apabila produk mereka sampai ketangan pengguna.


PERTENGAHAN
Setelah siap kerangka berserta enjin pun dihantar ke bengkel modeller untuk dibuat prototaip yang pertama. Kerangka datang direkabentuk oleh jururtera dan keseluruhan appearance datang dari Pereka Perindustrian


Tugas seterusnya diserahkan kepada modeller atau modelmaker yang mahir membaca lukisan teknikal berdasar kepada rekabentuk yang di persetujui itu tadi. Bahagian yang berwarna brown ini adalah 'sintetik clay '(tanah liat buatan manusia). Ia boleh dikitar semula dan juga boleh dicat. Modeller akan mengukir bentuk-bentuk organik, ada 'flow' pada clay ini.



Apabila ia siap, pihak pengurusan akan turun padang untuk melihat mock up motosikal yang telah disiapkan. Mereka akan memberi bermacam-macam komen untuk menyemakkan kepala jurutera dan Jurureka Perindustrian sementara mereka pula akan defend design mereka masing-masing agar tidak banyak kerja lagi selepas ini. Kalau semua diterima, banyak lah kerja dan perubahan perlu dibuat, silap-silap haribulan perlu buat semula ! Mock up motosikal nampak sebenar, namun ia tidak boleh ditunggang kerana enjin nya hanyalah 'dummy' sahaja. Ia hanya untuk diberi komen dari segi samada ia cantik (estetik) atau pun tidak.

AKHIR



Setelah dipersetujui barulah acuan disukat semula dari dummy itu tadi contohnya bahagian fairing, tangki, lampu depan dan belakang. Dari sini barulah dipadankan fairing yang dihasilkan dari acuan itu tadi kepada chasis sebenar yang sudah dilenkapi enjin. Kebiasaanya, pasti ada lagi yang perlu dibuat semula seperti cover enjin di perelokkan, grafik dan simbol pada swis, meter pada penel di perelokkan agar nampak sepadan dengan keseluruhan rekabentuk motosikal itu.

Setelah siap ia pun dipandu uji sekali lagi. Sekiranya tiada masalah ia pun diserahkan kepada bahagian Pemasaran untuk melancarkan model terbaru tersebut. Jangka masa diambil untuk menghasilkan produk baru biasanya adalah diantara 6-12 bulan. Pada masa yang sama 'mass production' model motosikal tersebut pun dimulakan dikilang untuk diekspot atau pasaran tempatan.



Contoh Proses Merebentuk Kereta


Lakaran-lakaran awal....


....Clay model berskala....


..dan persembahan prototaip kereta cadillac untuk pihak pengurusan menilai sebelum dipasarkan.

No comments: