Friday, January 18, 2008

Bikers Kemalangan

Terkini
Pagi tadi, Jumaat Naim dah sedar dan reflex nya bagus. Apabila dipanggil dia menolehkan kepala kepada rakan yang memanggil. Dr suruh genggam tangan dia boleh respon. Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan. Dah p melawat ke belum??















Harap maklum bahawa rakan bikers kita, saudara Naim telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran persimpangan Maybank Taman Ria Jaya sekitar jam 10 malam hari 15hb Januari yang lalu sewaktu menunggang motor kapcai nya. Sebuah van telah melintas dihadapan beliau sewaktu beliau menunggang motosikal dari arah Kelab Cinta Sayang menuju ke Taman Ria. Naim telah mengalami kecederaan kritikal di kepala serta patah kaki kanan.

Sila jemput rakan-rakan dari kelab dan rakan-rakan dari kelab lain yang mengenalinya bolehlah melawati ke Hospital Baru Sungai Petani di Wad ICU, Tingkat 4. Sesungguhnya ziarah itu mendatangkan pahala. Sama-samalah kita doakan beliau cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

No comments: