Friday, August 15, 2008

VIDEO MOTORSHOW 2008

sori la brader...videonye baru je siap.....ini linknya, sila klik disini....
http://www.youtube.com/watch?v=Cb2f336_D_k

Sunday, August 10, 2008

IDEc Motor Show


Pelajar-pelajar program Senireka Perindustrian, UiTM Kampus Kedah melalui kelab mereka IDEC telah mengadakan pameran motor show untuk kali ketiga baru-baru ini di banguan Fakulti Seni Lukis dan Senireka. Bidang mereka yang berkaitan dengan merekabentuk kenderaan termasuk motosikal yang ditunggang oleh bikers semua, turut juga melibatkan rekabentuk produk dan perabot.

Pelajar-pelajar ini adalah anak murid cikgu Lan, bikers dari SPCT. Jurusan mereka membolehkan mereka berkerja sebagai Pereka di Proton, Modenas, Perodua dll. Terkini, lepasan program ini turut berkerja dengan Nissan di Jepun dan bertanggungjawab merekabentuk Nissan GTR 34 Skyline model terkini. Pameran ini diadakan bagi mengisi tabung Kelab mereka iaitu IDEC.

Rakan rakan bikers kita dari SPCT, Krian Bikers, Northern Bikers, Lalang Bikers turut hadir untuk memberikan sokongan moral. Kami sertakan gambar-gambar di lokasi tersebut. Untuk download gambar, sila klik gambar untuk membesarkan imej dan klik kanan tetikus anda dan tekan "save as".


Siswa-siswi tak lepas peluang untuk bergambar di sebelah motosikal abang-abang bikers

Lepak dulu selepas makan samnil bersembang....Jamal amacam K3 baru kau.....

Hasil kerja pelajar turut di peragakan di dalam Galeri Senireka Perindustrian


Jangan kata model motosikal...kepala lori rekabentuk baru turut juga diperagakan untuk pelawat.


Ijatttt.......panas tu jom masuk dalam dulu..dalam ade air con kat luar nie pop corn laaaa...panas












...diantara pengunjong yang enggan melepas peluang melihat motosikal berkuasa tinggi secara dekat


...time makan , so kita makan duluuuu......




bikers tercomel dengan kakak bikers yang comel juge....







...ahli SPCT dengan baju kelab terbaru mereka....


AlFatihah untuk aruah Pak Ya

Pihak kami difahamkan bahawa bikers dari Gapura telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuhraya Plus berhampiran dengan persimpangan Pendang. Aruah yang menunggang Kawasaki ER6N (imported version) yang baru dibelinya hilang kawalan sewaktu menunggang di lebuhraya Plus menuju ke Alor Setar dari Gurun. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

Kawasan lebuhraya tersebut, jalannya berbonjol-bonjol dan boleh menyebabkan penunggang terlepas genggaman tangan pada handle motosikal. Mungkin tangan kita sudah kebas sb dah ride begitu jauh, faktor kelajuan atau tayar yang kurang baik dll. Ada banyak faktor lain yang boleh menjadi sebab namun ramai bikers dari Singapura misalnya pernah kemalangan akibat jalan yang berbenjol ini.

Rakan-rakan lain berhati-hatilah sewaktu melalui jalan/kawasan tersebut. Lokasinya tak ingat km berapa namun ia sebaik habis flyover yang menuju jalan lurus ke persimpangan Alor Setar.