
Pelajar-pelajar program Senireka Perindustrian, UiTM Kampus Kedah melalui kelab mereka IDEC telah mengadakan pameran motor show untuk kali ketiga baru-baru ini di banguan Fakulti Seni Lukis dan Senireka. Bidang mereka yang berkaitan dengan merekabentuk kenderaan termasuk motosikal yang ditunggang oleh bikers semua, turut juga melibatkan rekabentuk produk dan perabot.
Pelajar-pelajar ini adalah anak murid cikgu Lan, bikers dari SPCT. Jurusan mereka membolehkan mereka berkerja sebagai Pereka di Proton, Modenas, Perodua dll. Terkini, lepasan program ini turut berkerja dengan Nissan di Jepun dan bertanggungjawab merekabentuk Nissan GTR 34 Skyline model terkini. Pameran ini diadakan bagi mengisi tabung Kelab mereka iaitu IDEC.
Rakan rakan bikers kita dari SPCT, Krian Bikers, Northern Bikers, Lalang Bikers turut hadir untuk memberikan sokongan moral. Kami sertakan gambar-gambar di lokasi tersebut. Untuk download gambar, sila klik gambar untuk membesarkan imej dan klik kanan tetikus anda dan tekan "save as".


































1 comment:
oit..p x ajak!!!
Post a Comment