Sunday, August 10, 2008

AlFatihah untuk aruah Pak Ya

Pihak kami difahamkan bahawa bikers dari Gapura telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuhraya Plus berhampiran dengan persimpangan Pendang. Aruah yang menunggang Kawasaki ER6N (imported version) yang baru dibelinya hilang kawalan sewaktu menunggang di lebuhraya Plus menuju ke Alor Setar dari Gurun. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

Kawasan lebuhraya tersebut, jalannya berbonjol-bonjol dan boleh menyebabkan penunggang terlepas genggaman tangan pada handle motosikal. Mungkin tangan kita sudah kebas sb dah ride begitu jauh, faktor kelajuan atau tayar yang kurang baik dll. Ada banyak faktor lain yang boleh menjadi sebab namun ramai bikers dari Singapura misalnya pernah kemalangan akibat jalan yang berbenjol ini.

Rakan-rakan lain berhati-hatilah sewaktu melalui jalan/kawasan tersebut. Lokasinya tak ingat km berapa namun ia sebaik habis flyover yang menuju jalan lurus ke persimpangan Alor Setar.

No comments: