Monday, March 24, 2008

Pattalung Bike Week

Pattalung Bike week telah berlansung di Pattalung pada 22 march baru-baru ini dengan jayanya. Bikers dari kelab SPCT turut melibatkan diri dalam aktiviti ini dengan kehadiran lebih dari 30 orang, ditambah dengan Bentong Bikers yang turut serta bersama konvoi kami.

Kelab kita telah memasukki Thailand awal sehari iaitu pada hari Jumaat petang untuk menggelakkan kesesakkan pada hari sabtu. Pada hari Sabtu tengahari kita pun berkumpul di Big C bersama-sama dengan bikers dari kelab lain. Cuaca tak hujan tapi agak panas berbanding Malaysia. Anyway, its for the benefit of the good ride ahead.


Kri.. happy semacam saja...repair kabel bayag dak lagi??


Berkumpul di hatyai sebelum berlepas. Rakan-rakan bikers yang hadir..


Ijat tengah "kaw tim" dengan polis Siam...


Amacam chegu GOLD Wing ok ke tak?...orait kata dia, janji boleh bawa mempelam balik mai..hehehe..


Dato Eskay singgah sebentar berjumpa bikers kita..


Bersiap sedia untuk berlepas ke Phatalung dari Hatyai..


Mammu...,pakai helmet dengan jaket cepat !!!

Rata-rata bikers yang turut hadir adalah dari Singapura, Malaysia dan juga Thailand. Kelab yang wajid hadir adalah Megafortune termasuk Gapura dan Star Bikers. Jumlah konvoi dari Haadyai saya kira berjumlah hampir 200 buah motosikal di escort polis pelancungan Thailand menuju ke Patalung. The juorney was rather slow,typical for such a long convoy. Traffic was cleared well ahead by the tourist police, in advance of the coming convoy. We arrived at Phatalung at around half past 3.


Konvoi meniti lebuhraya..panjang hampir 1 km




Tengok Sporster 1300 tu...2 biji je kat Malaysia, katanya..tapi ni kat thailand..lainlah pulak..

Di sana seperti biasa diadakan makan malam dan juga konsert. Pendaftaran adalah sebanyak 500 baht tetapi malangnya design T Shirt pada tahun ini agak kurang menarik. Mungkin boleh di perbaiki lagi seperti T Shirt Kerabi baru-baru ini, memang cantik dan menarik.

Walau bagaimana pun acara tetap meriah dan berjalan lancar. Konsert dan motosikal yang hadir sememangnya hebat. Bikers Thailand yang bawak VW tu dah complete projek dia, siap cat kaler putih. Dah tak macam dulu dah. Harley memang banyak lah..melimpah-limpah. Yang heran nyer ada mat salleh ni p bawak Nitro...hodoh sungguh..sambag Harley lah oi. Malam tu kami dengar ada member Singapore yang hilang motosikal Yamaha FZR tetapi tidak dapat disahkanlah ceritanya. Kawan kita Abang Saad pun nyaris-nyaris hilang tudung barang voyager dia!!! kiri dan kanan sebab tutup tak rapat.


Memasukki kawasan ativiti Phatalung Bike Week...tgk chegu wan dia nak p dulu jugak-jugak, barang banyak bawak mai o..(bukan bawak balik)..kotak pun besag sebab nak bentang tikag nak bukak kedai kot


Menyusun motor sebaik tiba..tu dia, hampa tgk yang gold tu punya la berkilat..merelit merelap..semalam kat hotel pakai kelambu oooo....


Pertandingan MR PhaTTalung di menangi oleh wakil SPCT..sebab menang dua kategori serentak, muscle dan perot !!!


Yus,chegu kri dan fuad..sebaik tiba..


..antara motosikal yang diperagakan..

Petang sewaktu sampai kami berehat di tepi pantai dan melihat keindahan Patalung dan mencuba makanan tempatan. Yang paling sempoi ialah daun kadoknya...undescribe punya taste tapi best. Aku baring, silang kaki terus lena..sedar-sedar dah senja..hahaha.

Datuk Eskay turut memberi ucapan beliau disamping pihak penganjur majlis. Yang penting tidak ada batasan yang memisahkan bangsa pada malam itu...hanya bikers..all are bikers..all are brothers. And thats why we, "Ride for Peace".



Pentas konsert dan motosikal fork panjang classic yang unik turut di peragakan..


Presiden SPCT dengan members...


..rakan-rakan bikers dari SPCT..


Presiden-presiden Kelab yang hadir diatas pentas bersama Dato Eskay.

Malam selepas dinner kami ramai-ramai shoot balik ke Hatyai...sekejap pulak rasenya bila kami pecut 120-140 sebab tadi datang berkonvoi slow la sangat...hehehe. Selepas mandi kami keluar makan menaikki tut tut ke Lee Hotel pekena pulut mempelam dengan nasi udang..ni cik gu wan dengan Kri punya kempen la..tapi mmg best lah. Sambil tu dapat juga kami tengok gelagat pondan-pondan mencari client tepi jalan tuh hahaha...mengalahkan model buat cat walk hehehe.

Balik semula ke hotel dah jadi kebiasaan untuk tidor terus atau lepak sembang-sembang sambil main terup...just for fun saja. Ramai yang letih ride aku tengok lagipun besok nak bangun awal.

Besok pagi jam 9 pagi kami dah siap menuju ke Ban Dan Nok untuk membeli belah. Ada yang p urut tapak kaki dan ada jugak yang terus belah! haha...lepas pekena tom yam dgn nasi goreng la pa la yang patut kami pun meronda. Sekarang ni buah mempelam memang banyak lah disana...musimnya. Sekitar jam 1 tgh kami pun shoot balik ke SP sebab rakan-rakan dari Bentong akan teruskan perjalanan yang lebih jauh lagi.

Gambar-gambar akan menyusul kemudian...Kalau ada sila majukan kepada e mail kelab. Salam hormat dari kami di SPCT.

No comments: