Sunday, December 2, 2007

>>Krabi Bike Week - Makluman Terkini<<

To all SPCT BIKERS,

Salam Hormat untuk semua

Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan yang hadir pada mesyuarat malam tadi dan juga amat mengharapkan agar tuan-tuan dapat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti Kelab kita untuk kali ini.


Kesinambungan dari mesyuarat semalam, sewaktu taklimat Presiden, borang-borang pendaftaran telah pun kita edarkan kepada semua ahli-ahli yang hadir. Adalah diharapkan tuan-tuan dapat mengembalikan borang pendaftaran selewat-lewatnya pada atau sebelum 10hb Disember bersamaan dengan hari isnin minggu depan lengkap dengan bayaran RM20 seorang (Insuran untuk 3 hari 2 malam) atau RM25 untuk 2 orang (1 motosikal).

Dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut,

1. Salinan Geran Motosikal.
2. Salinan Lesen Memandu yang Sah.
3. Salinan Paspot atau Border Pass (x 2 sekiranya 2 orang)
4. Salinan cukai jalan motosikal.
5. 2 keping gambar berukuran paspot.

Jika dokumen ini lengkap, kita lebih mudah dan CEPAT untuk melepasi sempadan. Harap sangatlah untuk mendapat kerjasama semua.

Bayaran RM50 pula adalah untuk pendaftaran event disana pada hari Sabtu 15 Dis. nanti. Dapatlah kot T Shirt dll. Anggaran bilik hotel disana ialah sekitar RM60 semalam dan harap-harap member bikers dapat standby budget untuk 2 malam. Pada masa yang sama, harga petrol di Thailand sedikit mahal dari Malaysia, jadi kita 'fulltank' apabila bertolak dari SP dan di Changlun pula kita 'second full tank' sebelum kita crossover ke Thailand.

Mengikut Bang Joe CBR, anggaran Minyak pergi dan balik adalah lebih kurang RM150 dan tak sampai pun RM200.

Sila serahkan bayaran dan Borang Pendaftaran kepada Bendahari kita, Bang Joe CBR (016 4861560) di Makbul atau ditempat lain yang sewaktu dengannya. Seperti mana ride yang lain, sila pastikan motosikal kita berada ditahap yang baik sebelum kita bertolak nanti. Jangan lupa bawa dan pakai baju Kelab.

Ride ke Krabi adalah satu pengalaman baru bagi ramai diantara kita. Selain dari berada dinegara asing, ini lah masanya untuk kita melihat sendiri wilayah Siam yang dulunya berada dibawah Kedah Tua sehingga ke Se genting Kra. Jom kita p tengok, nak p sorang payah dah..ni kawan-kawan ada ramai baru syok.

Terima Kasih in advance diatas sambutan anda.

Dari
Presiden dan AJK Kelab.

oleh:moderator b/p Presiden.

No comments: