Tuesday, January 29, 2008

Proses Merebentuk Motosikal

Kebanyakkan kita tidak mengetahui peranan seorang Jurureka Perindustrian (Industrial Designer) dalam menghasilkan barangan yang dapat menarik citarasa pengguna untuk memilikki sesuatu barangan itu.

Disini izinkan saya memberi sedikit penerangan mengenai bidang ini yang lebih menjurus kepada bidang Seni Lukis dan Senireka.

Senireka Perindustrian bermula disekitar tahun 1910 dimana kefahaman mengenai pentingnya rekabentuk dikalangan masyarakat Eropah mula memunchak. Mereka mula sedar bahawa rekabentuk yang baik dapat memastikan peningkatan jualan sesuatu barangan atau produk yang bersaing dipasaran terbuka.

Chips Foose yang menerajui rancangan 'overhaulin' adalah seorang Jurureka Perindustrian dan dengan itu beliau dapat menghasilkan lakaran-lakaran yang cantik dan asli. Kelebihan seorang Pereka Perindustrian ialah dapat membayangkan sesuatu yang belum lagi menjadi kenyataan dalam kotak mindanya, dipersembahkan diatas kertas dalam bentuk lakaran sebelum produk itu dikeluarkan secara 'mass production'. Inilah kreativiti.

Diantara bidang-bidang dalam Senireka Perindustrian ini ialah,
a.Rekabentuk Pengangkutan (kereta, motosikal, bas, lori, kapal terbang,dll)
b.Rekabentuk Produk (handphone, TV, discman, walkman, barangan elektrik lain)
c.Rekabentuk Perabot (senireka dalam, perabot untuk hotel, rumah, pejabat,dll)

PERMULAAN
Disini saya ingin fokuskan kepada rekabentuk pengangkutan. Setelah mendapat Ikhtisar projek, pereka akan berbincang dengan jurutera mengenai tema rekebentuk yang akan diterjemahkan dalam sesuatu produk nanti. Setelah dipersetujui, pereka akan memulakan lakaran-lakaran yang menjurus kearah tema tersebut. Contoh-contoh tema adalah seperti sporty and luxury (kereta BMW), luxury executive(Mercs) Family Utility (Unser) dll.




Contoh lakaran perkembangan rekabentuk atau Design Development Sketches untuk motosikal model terbaru Suzuki Hayabusa 1400 cc, 2008

Bagi sesuatu produk baru, kadang-kala beratus-ratus keping lakaran dimajukan untuk dipilih oleh pihak pengurusan. Jika pihak pengurusan tidak berpuas hati lakaran-lakaran ini perlu diteruskan semula. Kebiasaannya Pereka Perindustrian berkerja dalam suasana yang 'stress' untuk mengejar dateline. Sekiranya lakaran-lakaran ini diluluskan, langkah seterusnya ialah pembuatan mock up untuk dinilai rekabentuk secara 3 dimensi atau lebih mudah 360 darjah.



Pada masa yang sama jurutera mekanikal pula sibuk membuat pembaharuan dari segi teknologi enjin, kerangka,jurutera eletrik dan elektronik menbuat rekabentuk wiring harness, dll berdasarkan tema yang sama. Hasil gabungan kerjasama ini lah yang membawa kepada satu rekabentuk yang baik. Mereka menjalankan ujian dari segi kestabilan kerangka, ketahanan dan kuasa enjin bagi memastikan tidak akan ada masalah apabila produk mereka sampai ketangan pengguna.


PERTENGAHAN
Setelah siap kerangka berserta enjin pun dihantar ke bengkel modeller untuk dibuat prototaip yang pertama. Kerangka datang direkabentuk oleh jururtera dan keseluruhan appearance datang dari Pereka Perindustrian


Tugas seterusnya diserahkan kepada modeller atau modelmaker yang mahir membaca lukisan teknikal berdasar kepada rekabentuk yang di persetujui itu tadi. Bahagian yang berwarna brown ini adalah 'sintetik clay '(tanah liat buatan manusia). Ia boleh dikitar semula dan juga boleh dicat. Modeller akan mengukir bentuk-bentuk organik, ada 'flow' pada clay ini.



Apabila ia siap, pihak pengurusan akan turun padang untuk melihat mock up motosikal yang telah disiapkan. Mereka akan memberi bermacam-macam komen untuk menyemakkan kepala jurutera dan Jurureka Perindustrian sementara mereka pula akan defend design mereka masing-masing agar tidak banyak kerja lagi selepas ini. Kalau semua diterima, banyak lah kerja dan perubahan perlu dibuat, silap-silap haribulan perlu buat semula ! Mock up motosikal nampak sebenar, namun ia tidak boleh ditunggang kerana enjin nya hanyalah 'dummy' sahaja. Ia hanya untuk diberi komen dari segi samada ia cantik (estetik) atau pun tidak.

AKHIR



Setelah dipersetujui barulah acuan disukat semula dari dummy itu tadi contohnya bahagian fairing, tangki, lampu depan dan belakang. Dari sini barulah dipadankan fairing yang dihasilkan dari acuan itu tadi kepada chasis sebenar yang sudah dilenkapi enjin. Kebiasaanya, pasti ada lagi yang perlu dibuat semula seperti cover enjin di perelokkan, grafik dan simbol pada swis, meter pada penel di perelokkan agar nampak sepadan dengan keseluruhan rekabentuk motosikal itu.

Setelah siap ia pun dipandu uji sekali lagi. Sekiranya tiada masalah ia pun diserahkan kepada bahagian Pemasaran untuk melancarkan model terbaru tersebut. Jangka masa diambil untuk menghasilkan produk baru biasanya adalah diantara 6-12 bulan. Pada masa yang sama 'mass production' model motosikal tersebut pun dimulakan dikilang untuk diekspot atau pasaran tempatan.



Contoh Proses Merebentuk Kereta


Lakaran-lakaran awal....


....Clay model berskala....


..dan persembahan prototaip kereta cadillac untuk pihak pengurusan menilai sebelum dipasarkan.

Sunday, January 27, 2008

…ok lah ok lah..ni dia lirik dia…

Wings
Bernafas Dalam Lumpur


Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku katakan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

( Chorus )
Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing..... punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan

Mesyuarat Kelab S.P.C.T

Syukur kehadrat Allah SWT, mesyuarat SPCT telah berjaya diadakan pada tarih dan waktu yang di cadangkan dengan selamat dan jayanya, tidak ada peristiwa membaling kerusi meja yang dilapurkan sehingga kini.

Pada mesyuarat tersebut majlis berjalan dengan lancar dimana Presiden, Che Gu Rahim memberi taklimat aktiviti Kelab, Setiausaha Che gu Wan dan Bendahari, bang Joe CBR telah memebentangkan bidang tugasan masing-masing. Empat orang ahli lagi turut dilantik sebagai AJK untuk membantu kelab memandangkan terdapat banyak aktiviti sedang dalam perancangan.


Ahli kelab bergambar beramai-ramai selepas mesyuarat tamat.

Satu jamuan ringan turut disediakan untuk semua ahli yang hadir pada petang tersebut. Terima Kasih kepada semua ahli yang meluangkan masa untuk hadir dan membuat pendaftaran. Cadangan-cadangan ahli antaranya kad ahli, perjumpaan seminggu sekali di Makbul, stiker kelab dll. Pada petang tersebut sebanyak lebih 70 ahli telah pun mendaftar semula dan mendapat key, T Shirt dan baju F1 (ditetapkan saiz dan ukuran).

Antara barisan motosikal ahli Kelab yang turut hadir dari sport bike, touring, classic dan dual purpose. Ramai juga yang tinggal berdekatan datang berkereta.



Gold Wing, Voyager, Vulcan, Virago, GSX 750, Aprilia, KLE 500, Hayabusa, ZX14 biru, merah dan hitam...eh mana Maliknya ZX14 hitam?..oh, tu ha..




Presiden Kelab sedang membentangkan lapuran aktiviti kelab



...sedang mendengar taklimat...



...dengan penuh khyusuk...,



Bang Joe sedang menyemak belanjawan negara....


...bang ma el buat-buat sibuk? he he he....



AKHIR SEKALI, "SELAGI ADA SUPERBIKE...RIDE, TETAP RIDE !!!!"

Thursday, January 24, 2008

Metting Tahunan Kelab SPCT










HEAR YE ! HEAR YE !

All SPCT Bikers and members only...new members with motorcycle above 250cc are also wellcome.

Metting Tahunan Kelab SPCT : akan diadakan pada hari Sabtu 26 Januari di Dewan Telok Bayu jam 2ptg. Sila bawa bersama anda yuran tahunan sebanyak RM100 dan dua keping gambar berukuran paspot paling comel. Mulai 'saat yang bahagia' ini, kelab kita telah maju setapak lagi menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar.










Oi...tutup sat injin tu boleh dak ??...exhaust kuat sangat la..tak boleh dengar pengumuman !!! sat lagi ram balik nohh...

O;eh itu mai jangan tak mai kalau tak mai...maaf lah ye...tak dapat lah den nok antor sms lagi...hehehe d:o) . Bagi saudara yang bekerja dengan kerajaan jangan lupa memasukkan aktiviti saudara dalam kelab sebagai sumbangan kemasyarakatan... penting ooo..markah lebih!!!.

Dengan itu jangan lupa untuk turut serta dalam mesyuarat ini. Kita semua akan berkumpul di Petronas Taman Ria jam 2 ptg ari Sabtu nanti. Mai cik oi...cik mai...

Friday, January 18, 2008

Aktiviti Terkini

Untuk Bikers yang meminati bolasepak dan bolasepak yang meminati bikers kita ada....


















1)......'Ride Bola' dari Taman Ria ke Bukit Kecil, jemputan Saudara Mi 800 pada Ahad,20 hb Januari. Sila tunggu di Petronas Taman Ria jam 5 ptg.
















Sekian harap maklum, dari on the bike..!!

Bikers Kemalangan

Terkini
Pagi tadi, Jumaat Naim dah sedar dan reflex nya bagus. Apabila dipanggil dia menolehkan kepala kepada rakan yang memanggil. Dr suruh genggam tangan dia boleh respon. Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan. Dah p melawat ke belum??















Harap maklum bahawa rakan bikers kita, saudara Naim telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran persimpangan Maybank Taman Ria Jaya sekitar jam 10 malam hari 15hb Januari yang lalu sewaktu menunggang motor kapcai nya. Sebuah van telah melintas dihadapan beliau sewaktu beliau menunggang motosikal dari arah Kelab Cinta Sayang menuju ke Taman Ria. Naim telah mengalami kecederaan kritikal di kepala serta patah kaki kanan.

Sila jemput rakan-rakan dari kelab dan rakan-rakan dari kelab lain yang mengenalinya bolehlah melawati ke Hospital Baru Sungai Petani di Wad ICU, Tingkat 4. Sesungguhnya ziarah itu mendatangkan pahala. Sama-samalah kita doakan beliau cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Tuesday, January 8, 2008

>Ride Pemulihan Tenaga Batin<<














To all SPCT BIKERS

Pada hari Rabu 9 hb malam (rabu malam khamis) kelab kita akan mengadakan ride seperti diatas ke Kolam Air Panas Ulu Legong Baling. Ride ini bertujuan untuk menguatkan kembali urat-urat dan kabel-kabel yang dah longgar akibat dari terlalu banyak memegang handle dan menunggang motosikal.

Dengan itu tuan-tuan semua dijemput bersama-sama untuk menjalankan aktiviti ini pada tarikh dan waktu tersebut. Kita akan berkumpul di Makbul pada jam 9 malam. Target kita, kita akan mandi dan pulang pada keesokkan paginya. Jangan lupa membawa satu set pakaian persalinan bersama tuala. Untuk kali ini mandi jemaah adalah digalakkan !!!