Thursday, November 29, 2007

>>KRABI BIKE WEEK<<

Kepada semua ahli SPCT yang berminat untuk ride ke "Krabi Bike Week" di Thailand pada 14-16 Dis 2007 nanti, sila hadir ke Makbul pada hari Ahad, 2hb Disember 2007 ini, jam 9 malam dengan motosikal masing-masing. Bukan pe bro, nak kasi gempag sikit pelayan Makbul yang muka macam M.Zain tu..he..he.




Krabi adalah lokasi penggambaran filem James Bond terdahulu, "The man with the golden gun".


Jangan lupa untuk membawa bersama salinan Paspot Antarabangsa, geran motor, lesen memandu, r/tax, gambar 2 keping dan wang pendaftaran sebanyak RM70 sahaja. Maklumat terperinchi akan dimaklumkan semasa perbincangan tersebut bersama Presiden dan AJK Kelab.

Sebarang cadangan yang membina bolehlah dibangkitkan pada malam tersebut. Sama-sama kita memberi sokongan kepada aktiviti kelab kita.
Happy Biking to all SPCT's Bikers !!

TERKINI-Pemegang Border Pass dibolehkan menggunakan border pass masing-masing, akan tetapi rakan-rakan tentera dengan IC tentera tidak dibenarkan ikut serta pulak dah.

Sunday, November 25, 2007

>>Ride to Taman Negara - 3<<


















Pada 16, 17 dan 18 hb Nov 2007, SPCT telah berjaya menganjurkan ride pertamanya ke Taman Negara melalui SP ke Kuala Kubu Baru, Bukit Fraser, Temerloh, Jerantut, Taman Negara, Kuala Lipis, Gua Musang, Cameron highlands dankembali semula ke SP.

Dengan disertai oleh lebih dari 50 buah motosikal berkuasa tinggi terdiri dari klasik, superbike, sport touring, touring dan dual purpose para peserta ekpidisi ini telah bermalam di Kuala Tahan dan juga di Cameron Highland.

















Para peserta bersiap sedia untuk mendengar taklimat dari Presiden Kelab, Che Gu Rahim


















YB Datuk Tajul Urus, Penaung Kelab SPCT bersama Presiden sedang memberi semangat kepada para peserta ekspidisi berserta nasihat-nasihat yang cukup bermakna sepanjang ride ini.














Sebahagian peserta ekspidisi sedang mendengar taklimat.














Sedang beratur dan memanaskan enjin, sedia untuk dilepaskan.














Barisan motosikal peserta yang disusun sebelum berlepas. Konvoi telah di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu Superbike dan Classic Bike dengan beberapa orang Marshall untuk setiap kumpulan. Destinasi untuk mengisi minyak dimaklumkan terlebih dahulu dan dimestikan menunggu kumpulan kedua sampai.














Ready and Goooo....














Peserta mula tiba ke Bukit Merah untuk mengisi minyak














Isi minyak tapi perot pun kena isi juge. Sarapan pagi disediakan dengan 'courtesy' Esso Bukit Merah...tapi pun janganlah, tinggai motor kat pam !!














Bang Joe and Naim...senyum je lepas makan !!(naim...)














Dah makan mesti nak kena rokok sebatang sebelum terima arahan "..on the bikeeee". Sempat lagi nak bergambar (..dan Naim..).














Alamak....angin terkureeeng lak !! Patutlah ride dari SP sampai Bukit Merah den raso hampeh jo tayo motor den..nasib baik member ado nak bantu (dan Naim lagi.).














Isi penuh ye..jangan lak isi RM10..ni nak jalan jauh nie bang oii..Cerita panas terbaru, ada member kita terlupa warna handle pam, dia p isi minyak diesel..ha..ha..ha..

















Ekspidisi turut di ikuti oleh kenderaan "Backup Marshall which proves very useful in the later part of the ride".















Berhenti mengisi minyak sebelum sampai ke Kuala Kubu Baru














Entah apa yang difikirkan che gu sebagai marshall bertanggungjawab kepada konvoi...tengah bilang jumlah motor ke che gu?














Dah isi minyak ke belum ??














Belum...tengah posing sat !!!














Motor Kuning CBR RR Uk spec, single arm milik kawan baik kita, Megat anak Yatim !!!..tapi dia buka orang Sabah ,pak !!!














Barisan motosikal di Kuala Kubu Baru selesai saja rakan-rakan bikers kita mengerjakan sembahyang Jumaat dan makan tengahari.














Perjalanan dari Kuala Kubu Baru ke Kuala Lipis melalui Bukit Fraser dan Raub merupakan jalan yang penuh mencabar. Bikers kita terpaksa melalui selekoh yang tajam pada jarak yang pendek selama hampir 30km. Hujan yang turun turut memburukkan lagi keadaan. Lumpur yang turun dari bukit menyukarkan kami mengawal metosikal. Namun begitu ia menguji ketangkasan dan kecepkapan kami dan kemampuan motosikal untuk menghadapi cabaran tersebut. Laluan sebegini membuat kami lebih mengenali kemampuan motosikal masing-masing.

Seorang rakan bikers kita Sdr Adam dengan Honda F2 nya telah kecundang apabila terlanggar ranting yang merintangi jalanraya. Tamat saja laluan ini motosikal kami penuh dengan lumpur seperti melalui "Paris Dakkar Rally". Kami kemudiannya mengisi minyak di stesen Petronas dan rakan-rakan bikers tidak melepaskan peluang menyemburkan air bersih bagi menghilangkan lumpur merah yang melekat pada motosikal masing-masin...hahaha..bini no 2 oooo.














Sdr Megat pula dengan Honda RR UK specnya pula mengalami overheating (mungkin penambahan kipas boleh membantu). Setelah enjin sejuk, perjalanan beliau menjadi lancar semula.














Rakan bikers kita berempat ni lah yang paling awai sampai ke Raub sebab enjin motor mereka dikuasai turbo dan bersayap !!!!
























Bersama bikers dari Temerloh Pahang yang menyediakan sajian berbuka puase...ooppss..sajian petang sebelum kami berangkat ke Kuala Tahan melalui Jerantut.















Sempat lagi menalipon girlfriend kat rumah walau pun time makan nohh...kih kih kih !!!














Sempat merakam gambar sebelum bertolak ke Kuala Tahan.














Presiden memberi taklimat sebaik tiba dan bersarapan malam di kantin sekolah berasrama yang bakal kami menginap sekitar jam 8 malam. Aktiviti bebas dibenarkan selepas itu dan ramai rakan-rakan bikers keluar minum teh di restoran terapung. Ada yang terus pengsan kat bilik dan ada yang motosikal mereka terpaksa mengadap Tok bomoh Udin, mekanik kelab yang turut serta.

SABTU 17 NOV 2007














Jam 8 pagi semua bikers telah pun siap dan turun untuk bersarapan pagi. Menjelang jam 9 pagi, selepas taklimat kami semua pun bertolak ke Jeti Taman Negara. Sudah pasti, tidak lupa bergambar kenang-kenangan dipintu masuk ke Taman Negara.














Nak bergambar pun kena melepasi jeram dengan bot pancung dahulu..!!














Sebelum basah lencun terkena air apabila penggendali bot melalui jeram yang terdapat didalam sungai














Sarapan pagi di Jerantut di sediakan oleh seorang pengusaha restoran bumiputra. Setting restoran tersebut memang cantik dengan gambar dan peralatan sejarah diperagakan sebagai interior decoration.














Presiden SPCT sedang menyampaikan cenderahati kelab di sebuah Restoran di Jerantut yang sudi menyediakan sarapan pagi. Interior deco restoran ni, 1st class !!














Makan tengahari di Rumah Residensi Kuala Lipis Pahang. Presiden menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Shahrum, Ahli Parlimen Kuala Lipis. Yang best kat sini, of coz ialah Gulai Ikan patin, ulam-ulaman dan Karaoke lahh..Banyak bakat terpendam rupe-rupe nyer ye..!!














Bikers sedang mendengar taklimat ringkas sebelum menjamah jamuan tengahari.














Bersiap sedia untuk berlepas ke Gua Musang dari Kuala Lipis Pahang sekitar jam 3 ptg.

Ahad 18 N0V














Sarapan pagi dan mendengar taklimat Presiden di Cameron Highland sebelum bertolak balik ke SP